Selasa, 04 Juni 2013

TAHU DIRI...

Segala puji bagi Allah S.W.T atas rahmat dan kasih sayang-Nya memberikan ruang dan peluang untuk mendapatkan ilmu di dunia. Salawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat.

Sesungguhnya malu merupakan sifat utama yang dapat menjauhkan manusia daripada perbuatan rendah akhlak, rendah moral keilmuannya dan mencegahnya dari keruntuhan moral dan bergelumang dengan dosa. Sebagaimana malu juga merupakan faktor pendorong utama pada perbuatan mulia.

Kesan yang paling besar hilang malu ialah ketika ada yang tidak memiliki dasar keilmuan lalu mengaku memiliki ilmu tersebut sampai-sampai disebut dengan P E N G A M A T dan hal ini banyak di sekitar kita muncul di media masa dan mengaku pengamat dadakan yang pada akhirnya memalukan diri sendiri.........
 

BATASAN MALU

Istilah al-hayaa’u (malu) berasal dari perkataan al-hayaatu (hidup).  malu iaitu disebut sebagai kehidupan dunia dan akhirat. Oleh itu, mereka yang tidak mempunyai sifat malu dianggap mati didunia dan akan menderita di akhirat.

Ini kerana, malu adalah merupakan kunci kepada kebaikan: Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dalam kita Al-ADAB, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“ malu itu hanya mendatangkan kebaikan “

Malu merupakan asas yang kuat untuk membentuk iman yang utuh. Allah s.w.t mengkhususkan sifat malu ini kepada manusia agar mereka terhindar dari keburukan dan kehinaan agar mereka tidak sama seperti binatang yang menerkam segala yang diingininya tanpa rasa malu.

2 Jenis Sifat Malu

- Malu Jibiliyyun, iaitu malu yang bersifat semulajadi. Contoh malu yang bersifat fitrah ini ialah malu untuk telanjang. (Nabi Adam dan Siti Hawa a.s pada awal lagi mereka malu untuk mendedahkan aurat masing-masing lantas apabila terdedah cepat-cepat mereka tutup dengan daun anggota tertentu.)

- Malu Kasabiyyun, iaitu malu yang diusahakan. Pada asalnya malu bukanlah bersifat diusahakan namun untuk menyempurnakannya ia boleh diusahakan. Contohnyahasil usaha dan kajian yang membentuk sifat makrifatullah, iaitu menjadikan seseorang itu malu kerana takut akan keesaan Allah s.w.t. Malu imani ini dapat mencegah seseorang itu daripada membuat dosa.


Diantara Kebaikan Sifat Malu Ialah:

- mencegah keburukan dan sebarang perbuatan dan pertuturan yang mendatangkan fitnah.

- Memelihara diri dari melakukan kemungkaran dengan memastikan diri sentiasa terhidar dari aktiviti yang tidak sihat serta bahan-bahan bacaan serta hiburan yang boleh merosakkan akidah.

- Menjadikan diri istiqamah dalam membuat kebaikan.

- Menjadikan diri sebagai anak yang baik serta masyarakat yang bertanggungjawab.

Diantara Keburukan Sifat Malu Ialah:

- Malu kepada manusia melebihi malu kepada Allah s.w.t contohnya: ketika berseorangan abaikan solat kerana tidak malu kepada yang maha melihat dan ketika bersama kawan mula timbul perasaan malu untuk menunaikan solat.

- Malu yang tidak kena pada tempatnya, contohnya malu untuk bertanya arah sesuatu perjalanan yang menyebabkan sesat jalan.

- Malu dengan kekurangan diri dan tidak bersyukur. Menjadikan diri rendah diri dan tidak bersyukur dengan nikmat ujian Allah s.w.t.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar